PRU15 | Abdul Hadi berdepan pertarungan empat penjuru di Marang

2022-11-05 0

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang (P037) berdepan tentangan calon Barisan Nasional (BN) - Jasmira Othman, Pakatan Harapan (PH) - Azhar Ab Shukur dan Gerakan Tanah Air (GTA) - Dr Zarawi Sulong.

Pertandingan empat penjuru itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (PRU15) Parlimen Marang, Lizan Che Mat pada 10.40 pagi selepas tempoh proses penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang ditutup pada 10 pagi.

Free Traffic Exchange